RSS
WELCOME!! KETAHUI SINOPSIS FILEM & DRAMA TERKINI DISAMPING GOSIP HIBURAN SERTA FAKTA YANG MENARIK SEMUANYA HANYA DI jomriuh.blogspot.com

ALICE IN WONDERLAND


ALICE IN WONDERLAND


>> INFO FILEM


ARAHAN : Tim Burton

LAKONAN : Mia Wasikowska (Alice Kingsley)

Johny Depp (Mad Hatter)

Anne Hathaway (White Queen)

Helena Bonham Carter (Red Queen)

Crispin Glover (Stayne)

DURASI : 1 Jam 49 Minit

GENRE : Fantasi dan Khayalan


>> SINOPSIS


Alice telah menghadiri satu parti. Tanpa disedarinya, Alice telah menghadiri parti pertunangannya dengan Hamish Ascot. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab lamaran pertunangannya, Alice telah mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama Arnab Putih. Tiba- tiba, Alice telah terjatuh ke dalam lubang arnab di kawasan taman. Lubang itu telah membawa Alice kembali ke dunia bawah tanah yang pernah dia lawati sebelum ini. Namun, Alice tidak mengingati sangat pengalamannya dulu di dunia bawah tanah yang Alice panggil ‘Wonderland’.

Setibanya Alice di sana, dia telah bertemu dengan kawan-kawan lamanya iaitu tikus kecil (Mallymkun) dan dua kembar yang memeningkan Alice (Tweedledum & Tweedledee). Mereka telah membawa Alice bertemu seekor ulat beluncas (Absolem) yang dikatakan boleh mengecam adakah itu Alice sebenar atau tiruan. Absolem telah mengatakan itu bukan Alice sebenar. Alice telah ditunjukkan satu peta sejarah mengenai kehidupan seterusnya. Pada kehidupan seterusnya, Alice perlu membunuh seekor naga kepunyaan Ratu Merah (Jabberwocky).

Alice tidak mahu menjadi pembunuh. Dia membantah segala apa yang dilihatnya dalam peta itu dan meneruskan perjalannannya.Tetapi, mereka telah diserang oleh tentera Ratu Merah dan binatang peliharaan Ratu Merah (Bandersnatch). Bandersnatch begitu agresif dan garang. Si kembar dan rakan-rakan telah ditangkap oleh tentera Ratu Merah, tetapi Alice terselamat walaupun telah dicakar oleh Bandesnatch.

Alice meneruskan perjalanannya sehingga berjumpa dengan seekor kucing illusi (Chessur). Chessur telah membawa Alice berjumpa lelaki pembuat topi RatuPutih (Mad Hatter) dan kawan-kawannya. Tiba-tiba, kerajaan Ratu Merah telah sampai ke tempat Hatter dengan bantuan seekor anjing (Bayard). Bayard terpaksa menjadi hamba kepada Ratu Merah jika ingin keluarganya dibebaskan oleh Ratu Merah. Walaubagaimanapun, Bayard juga ingin menentang Ratu Merah dalam diam. Sehingga satu saat di mana Alice telah dikecilkan oleh Hatter untuk disembunyikan daripada ditangkap oleh Tentera Ratu Merah.

Selepas mereka mendapati Alice tiada bersama Hatter, mereka berlalu pergi. Hatter meneruskan perjalanan bersama Alice ke Istana Ratu Putih, Namun, mereka telah diserang sekali lagi. Hatter telah mencampakkan Alice yang duduk atas topinya ke seberang tasik sebelum dia ditangkap oleh Tentera Ratu Merah.

Pada keesokkan paginya, Alice telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan Hatter di Istana Ratu Merah. Alice ke sana dan telah menjadi besar selepas memakan “kek pembesar’. Dia telah mengaku sebagai pelawat dari negara lain dan mendapat layanan istimewa dari Ratu Merah kerana kebesarannya. Ratu merah yang mempunyai kepala besar amat menyukai manusia yang besar perutnya, hidung dan sebagainya.

Sepanjang berada di Istana Ratu Merah, Alice telah merancang utuk mencari pedang yang dikatakan boleh membunuh Jabberwocky iatu Vorpal Sword. Alice telah menjumpainya di dalam kandang Bandersnatch. Menurut lagenda, Alice perlu membunuh Jabberwocky pada Hari Perayaan Frabjous. Di mana sebelum ini, Ratu Merah telah merampas tiara tahta kepunyaan Ratu Putih dengan kejam.

Selepas disedari oleh kerajaan Ratu Merah yang pelawat istimewa itu adalah Alice, dia telah melarikan diri ke Istana Ratu Putih.Di Istana Ratu Putih, pelbagai persiapan perang telah disiapkan. Namun Alice tetap tidak mahu untuk menyertai peperangan itu sehingga di nasihatkan oleh Absolem sebelum bertukar menjadi pupa.

Hari Perayaan Frabjous pun tiba. Kerajaan Ratu Merah telah sampai untuk memulakan peperangan dengan Ratu Putih. Alice merupakan wakil kepada kumpulan Ratu Putih dan Jabberwocky pula wakil kepada Ratu Merah. Dengan menggunakan Vorpal Sword, Alice berjaya memancung kepala Jabberwocky. Kemudian tiara kepunyaan Ratu Putih dikembalikan dan Ratu Merah telah dibuang daerah ke Outland.

Alice kemudian membuat pilihan untuk kembali ke dunia nyata semula. Apabila tiba di dunia nyata, Alice kembali ke parti pertunangannya dan mengambil keputusan tidak menerima lamaran tersebut. Akhirnya Alice telah berlayar dengan Absolem yangkini merupakan rama-rama yang cantik.


-TAMAT-


>> KOMEN RIUH

RIUH pergi menonton wayang ini bersama seorang kawan di Alamanda, Putrajaya pada jam 12.45 am…Pada mulanya RIUH memang excited bila pertama kali tengok preview filem ini kt TV. Namun, bila dh tonton cerita ini tidaklah best sangat pun…Bagi pendapat RIUH, jalan ceritanya sangat biasa seperti cerita lain di mana ada dua kerajaan berperang dan kerajaan baik akan menang pada akhirnya.

Selain itu juga animasi yang digunakan masih tidak boleh menandingi AVATAR. Begitu biasa seperti kartun2 lain. Cuma RIUH pelik kenapa watak anjing (Bayard) dipilih anjing yang nampak tidak sihat dan sedap mata memandang. Disamping watak Bandersnatch yang begitu garang boleh menakutkan kanak2…

Watak yang dimainkan oleh Johny Depp juga kurang menyerlah berbanding filem-filem lakonan beliau sebelum ini. Lebih nampak kaku dan seperti kurang menghayati watak Mad Hatter. Itu sahaja komen RIUH…..










Rating

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: