RSS
WELCOME!! KETAHUI SINOPSIS FILEM & DRAMA TERKINI DISAMPING GOSIP HIBURAN SERTA FAKTA YANG MENARIK SEMUANYA HANYA DI jomriuh.blogspot.com

BINTANG PALING POULAR ?


DARI kiri, Faizal, Siti dan Nabil.
Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza dan Nabil bersama lebih 30 calon Top 5 gegarkan Klang Parade hujung minggu lalu




TRADISI kemeriahan acara siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 berterusan di Klang Parade, Klang, 28 Mac lalu apabila lebih 30 calon Top 5 anugerah berkenaan ‘menyerbu’ pusat beli-belah terkenal itu.
Lebih hangat lagi apabila kira-kira 10,000 peminat berhimpun di lokasi siri jelajah terakhir untuk ABPBH musim ini, yang menjadikan Klang antara destinasi paling ramai dikunjungi peminat sepanjang empat siri jelajah diadakan tahun ini selain daripada Johor Bahru, 21 Mac lalu.

Sebelum singgah di Klang dan Johor Bahru, siri jelajah ABPBH 2009 terlebih dulu berkunjung ke Sungai Petani dan Kemaman.

Walaupun terpaksa bersesak, namun peminat yang memenuhi setiap ruang di pusat beli-belah tiga tingkat itu nyata terhibur dengan kemunculan begitu ramai selebriti pujaan mereka.

Antara calon Top 5 yang meluangkan waktu menemui peminat di Klang Parade pada Ahad lalu termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Aizat, Liyana Jasmay, Maya Karin, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Nabil, Meet Uncle Hussain, Black, Zizan dan ramai lagi.

Hampir enam jam, penonton berhibur dengan nyanyian artis kesayangan mereka, di samping berseronok serta bergelak-ketawa dengan jenaka spontan menerusi beberapa sketsa membabitkan pelakon, penyanyi, penyampai radio serta pengacara terkenal negara.
Kegamatan cukup dirasa setiap kali pengacaranya, Along Raja Lawak, Raja Azura, Fara Fauzana dan Faizal Ismail mengundang artis naik ke pentas untuk mengambil bahagian dalam sketsa bersama peminat.

Antara babak paling menggeletek hati ialah apabila seorang peminat yang dipakaikan topeng harimau mula mengaum untuk mengejar Maya Karin, yang berlari keliling pentas sambil ‘menjerit ketakutan'. Pusat beli-belah popular itu riuh-rendah dengan gelak penonton dek jenaka spontan peminat dan artis pujaan mereka.

Keadaan juga semakin riuh apabila dua pelawak popular, Nabil dan Zizan, yang disertai oleh Raja Azura dan Fizz mengadakan permainan makan kek dan meniup belon, yang turut disertai peminat. Penonton pecah perut menyaksikan gelagat selebriti terbabit saling menenyeh kek ke muka masing-masing.

Habis saja permainan berkenaan, muka Kak Engku, Fizz, Nabil dan Zizan kelihatan begitu comot. Namun, sikap ‘sporting’ mereka sememangnya banyak menghidupkan lagi suasana acara persembahan pada siri road tour itu.

Selain berhibur bersama calon Top 5 dan selebriti kegemaran masing-masing serta mengambil bahagian dalam permainan dianjurkan, peminat bertuah pada petang itu turut membawa pulang pelbagai hadiah menarik tajaan Habib Jewels, Jakel, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Sinar Mas, Nano White dan Slimming Sanctuary.

Lebih istimewa, sebahagiannya pula berpeluang mengelilingi sekitar lokasi bersama artis popular dengan menaiki kenderaan tajaan Edaran Tan Chong Motor. Tentunya, peminat yang terpilih tidak akan melupakan peluang yang datang sekali seumur hidup itu.

Pendek kata, peminat di Klang nyata bertuah. Bukan saja jumlah artis yang datang menghiburkan mereka adalah jumlah paling ramai dalam siri jelajah diadakan musim ini, pelbagai permainan yang diadakan sepanjang persembahan berlangsung juga begitu menghiburkan, serta merapatkan lagi hubungan artis bersama peminat mereka.

Bagi peminat dan pembaca Berita Harian yang tidak berpeluang untuk menikmati sama keseronokan siri jelajah ABPBH 2009 di Klang Parade kali ini, tunggu saja kehadiran kami ke tempat anda pada tahun depan.

Sebelum itu, jangan lupa memeriahkan acara malam kemuncak yang akan diadakan di Arena of Stars Genting Highlands, 4 April ini. Anugerah hiburan paling berprestij itu juga dapat diikuti menerusi siaran langsung oleh stesen penyiar rasmi, TV3 dan Hot FM.

CREDIT : BERITA HARIAN 30/03/10

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: