RSS
WELCOME!! KETAHUI SINOPSIS FILEM & DRAMA TERKINI DISAMPING GOSIP HIBURAN SERTA FAKTA YANG MENARIK SEMUANYA HANYA DI jomriuh.blogspot.com

HOTEL MANIA


>> INFO DRAMA

ARAHAN : Nizam zakaria & KRU

LAKONAN :

Anding (Adiwira)

Dafi (Girang)

Marsha( Mar)

Adeline (Emilia)

Shahrizal (Ryz)

DURASI : 1 Jam (Setap Rabu, 10 pm)



>> SINOPSIS DRAMA

Hotel Mania adalah sebuah drama bersiri 26 episod dengan kemudahan bertaraf lima bintang. Pengunjung hotel ini terdiri daripada pelbagai jenis manusia dengan pelbagai latar belakang – ahli perniagaan, tokoh korporat, tokoh politik, artis, pelancong asing dan sebagainya.

Adiwira, seorang graduan yang sebelum ini pernah bekerja di sebuah hotel 3 bintang di Sarawak, membawa diri dari untuk mencari bapa kandungnya yang tiba-tiba menghilang diri ketika dia masih kecil.

Pemergian Anding ke semenanjung bagaimanapun tidak direstui oleh ibu dan kekasihnnya.

Setibanya di Kuala Lumpur, Adi tiada pilihan melainkan pergi ke hotel di mana diketahuinya adalah tempat di mana dia boleh mencari bapanya di sana. Lawatan pertamanya ke hotel itu menemukan Adi dengan Girang, seorang pelajar universiti yang melakukan praltikal di hotel. Kebetulan Girang sedang mencari rakan serumah, maka Adi terus menyewa bilik dengan Adi. Adi juga menjadi rakan serumah dengan Ryz, seorang pekerja di salah sebuah restoran di hotel.

Adi kemudian mendapat peluang pekerjaan dari Puan Ainon, pengurus hotel, lalu bermulakan kareer Adi sebagai seorang pekerja di sebuah hotel lima bintang. Sebagai pelatih, Adi diwajibkan menjalani latihan di setiap bahagian atau unit di hotel itu, dan hanya akan diserap selepas satu tempoh tertentu ke dalam unit yang paling sesuai dengan kemahirannya. Sepanjang latihan itu juga, Adi diajar tentang erti kehidupan yang sebenar – tentang persahabatan, sisi-sisi lain kehidupan manusia, percintaan serta pengorbanan.

Adi akan memahami erti persahabatan yang sebenar melalui Dafi dan Ryzal, serta ‘keluarga baru’nya di hotel tersebut yang sentiasa sedia membantu. Pelbagai peristiwa yang tidak pernah terbayang olehnya juga sedang menanti, sepanjang menjalani kehidupan di dunia barunya itu.

Di samping sibuk dengan kerjaya, Adi tetap tidak lupa akan misinya yang sebenar, iaitu mencari asal usul dirinya melalui bapa kandung yang tak pernah ditemui. Dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya, Adi bakal menemui beberapa siri kegagalan, sebelum berjaya membongkar rahsia sebenar, yang ternyata amat mencabar ketabahan dan kekuatan dirinya.

Kehadiran Emilia di dalam hidup Adi dan keputusan yang diambil Cherrina untuk berpisah dengan Adi akan membuat hati dan jiwa Adi berbelah bagi – antara cinta baru yang sentiasa di sisi dan cinta lama yang gagal memahami…

Tujuan Adiwira ke hotel tersebut untuk mencari ayah kandungnya yang diketahuinya adalah di antara orang penting di hotel tersebut….

Pelbagai peristiwa menimpa seawal hari pertama Adiwira di hotel, antaranya temuduga yang kecoh, pertemuan pertama dengan Emilia, pengenalan yang tidak semesra mana dengan Mar, serta pertemuan yang menguntungkan dengan Madam Sheila.


CREDIT : http://www.tv3.com.my/Hotel-Mania



>> KOMEN RIUH

Drama muzikal ini amat menarik dan enjoy. Lagu yang dinyayikan begitu sesuai dengan keadaan dan lirik yang menarik. Lakonan yang bersahaja menampakan drama ini seperti keadaan sebenar. Pendekatan yang digunakan amat mudah difahami. Saksikan drama bersiri ini sehingga ke penghujung episod.














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: