RSS
WELCOME!! KETAHUI SINOPSIS FILEM & DRAMA TERKINI DISAMPING GOSIP HIBURAN SERTA FAKTA YANG MENARIK SEMUANYA HANYA DI jomriuh.blogspot.com

PTPTN WANTED



AWAL n PTPTN ???

GOSIP artis kali ini mengenai Awal Ashaari yang telah disenarai hitamkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana tidak menjelaskan hutang pinjamannya. Awal Ashaari juga adalah bekas graduan Diploma Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Apabila ditanya pada Awal Ashaari, beliau dengan selambanya mengaku yang beliau terlupa untuk membayarnya dan kini Awal Ashaari sedang menguruskan pembayaran semula keseluruhan pinjaman itu termasuk faedahnya sekali.

“Saya bukan tiada duit dan tak nak bayar tetapi saya terlepas pandang tentang proses pembayaran pinjaman itu.

“Sebelum ini saya tak tahu bagaimana cara untuk membayarnya tambahan pula saya berpindah rumah dan langsung tidak mendapat apa-apa maklumat tentang PTPTN.

“Selepas sibuk bekerja, saya tidak sempat untuk membayarnya sehingga terlupa,”

“Ikutkan bukan saya seorang sahaja artis yang tidak membayar PTPTN tetapi ada ramai lagi tetapi cuma nama saya dan Fahrin yang disebut.

“Saya nasihatkan kepada peminjam PTPTN yang disenarai hitamkan supaya berjumpa dengan peguam dari PTPTN,” katanya.

Awal juga meminta maaf kepada pihak PTPTN atas
kelewatannya menjelaskan pinjaman itu,


>> NASIHAT RIUH

Kepada semua PEMINJAM PTPTN jgn LUPA bayar semula ye...nanti kena 'COP' lg....hehehee




CREDIT : mygosip.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: