RSS
WELCOME!! KETAHUI SINOPSIS FILEM & DRAMA TERKINI DISAMPING GOSIP HIBURAN SERTA FAKTA YANG MENARIK SEMUANYA HANYA DI jomriuh.blogspot.com



ADNAN SEMPIT

>> INFO FILEM

Pelakon : Shaheizy, Intan Ldyana, Along dan Angah Raja Lawak, Cat Farish

>> SINOPSIS

Filem ini mengisahkan mengenai seorang jejaka bernama Adnan (Shaheizy), dia merupkan seorang mat rempit atau lebih dikenali sebagai Adnan@Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya. Adnan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta. Hobinya selalu samp[ai lewat ke ofis. Adnan jiga menyimpan perasaan serta menaruh hati kepada bos tempat dia bekerja iaitu Nadia (Intan Ladyana). Walaubagaimanapun Nadia ni anak org kaya dan tak pandang pun mat despatch mcm Adnan tu dan dia pulak pernah putus cinta sebelum tu. Dia tidak pernah utnuk mencari kekasih baru walaupun banyak kali disuruh kawin oleh keluarganya.

Nadia yang garang ini sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa. Nak dijadikan cerita satu hari tu kawan2 Nadia mencadangkan utk buat reunion party tapi Nadia tak berapa setuju sebab dia dh putus cinta, tapi kawan2 Nadia menyindir serta menggangap Nadia xnak jopin sebab takde pakwe utk ditayangkan. Tiba-tiba, dalam keadaan marah Nadia tarik Adnan yang baru sampai ofis ke dlm pejabat dia dan perkenalkan Adnan sbg boyfriend baru dia. Saksikan adengan lucu Adnan apabila bos yang diminati secara rahsia mengaku adnan boyfriend dia.

Dari situ bermulalah cerita romantik kelakar Adnan dan Nadia. Mereka saling cuba belajar mengenali antara satu sama lain. Nadia nak selami hidup Adnan yang serba sempit dan Adnan nak sesuaikan diri dgn hidup Nadia yg mewah. Dlm masa tu juga Wawa, P.A. Nadia jatuh cinta dengan Bobby (Along Raja Lawak), kawan Adnan. Bobby lah penceria dalam filem ini.

Ketika cinta mereka mula berputik, muncul watak Jofri, kawan lama Nadia yang cuba menjadi hero dan memikat Nadia. tapi sebenarnya mempunyai maksud udang sebalik mee goring dan berselindung di sebalik kemachooan serta kebaikan dia. Dia merancang untuk merosakkan bisnes Nadia, yang mana syarikat mereka berdua berebut satu tender besar.

‘Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari’, itulah hubungan Adnan dan Nadia yang semakin pudar kerana kehadiran Jofry. Nadia semakin memandang sinis kehidupan Adnan.

Untuk tahu kesudahan filem ini……jeng…jeng…..
SAKSIKAN DI PANGGUNG WAYANG YANG BERHAMPIRAN



>> KOMEN RIUH

Memang filem nie lawak giler. Nk hysteria dibuatnya ketika menonton filem nie. Pelbagai elemen lucu dipaparkan kepada penonton. Disamping itu juga pengarah cuba menunjukkan dunia mat rempit yang bukan semuanya negative. Mereka ini sekadar minat akan motor dan tetap mempunyai kerjaya dan masa hadapan. Filem Adnan Sempit juga memaparkan bahawa utuk mendapat cinta, kita perlu cuba menyelami hati pasangan kita. Aksi yang lucu membuatkan semua penonton tidak sedar masa berlalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS




Mari-mari semua
...xkira yang tua, muda, normal, cacat, semua bangsa untuk kita riuh di sini...Biarkan hidup kita gembira dan meriah....hahahaha...kalau ada gosip dan cerita2 panas artis sekarang..jgn lupa share ye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS