RSS
WELCOME!! KETAHUI SINOPSIS FILEM & DRAMA TERKINI DISAMPING GOSIP HIBURAN SERTA FAKTA YANG MENARIK SEMUANYA HANYA DI jomriuh.blogspot.com
Showing posts with label review filem. Show all posts
Showing posts with label review filem. Show all posts

KL DRIFT 2



>> INFO FILEM

ARAHAN : Syamsul Yusof

LAKONAN

Farid Kamil
Aaron Aziz
Scha
Shaheizy Sam
Remy Ishak








8 SEBAB ANDA PERLU MENONTON KL Drfit 2
1. Filem aksi yang tersangat-sangat hebat dari kretiviti anak Malaysia.
2. Barisan pelakon yang tiada tolok ganding kehebatan dan kebekersanan.
3. Jalan cerita yang amat-amat tersusun dan baik sekali.
4. Sukar mencari kelemahan. Walaupun ada tetapi terlalu halus untuk dipertikai.
5. Filem dengan bajet besar. Deserve untuk mendapat hasil box office.
6. Sound System yang baik dan tidak menyakitkan telinga. Maklumlah banyak aksi drift.
7. Aksi dari 3 drifter tempatan boleh dikatakan sangat hebat.
8. Editing yang sangat-sangat bagus. Gerakkan kamera juga lebih baik berbanding KL Drift 1 yang memeningkan.



8 SEBAB ANDA TIDAK PERLU MENONTON KL Drfit 2
1. Scene percintaan antara Scha dan Syamsul dilihat terlalu poyo dan meloyakan.
2. Cerita aksi akan dicemari gelak tawa dan “BOOO” dari penonton semasa Scene meloyakan antara Syamsul dan Scha.
3. Masa scene drift area Bukit Bintang, nampak ramai gila penonton tepi jalan. Makcik pakai tudung on the way beli ikan pun ada. Ini lah masalah orang Malaysia, kalau ada shooting memang sibuk nak nengok. Last-last bila masuk panggung, dah hilang dia punya real. Berbeza sungguh dengan Hollywood.
4. We all tak faham apasal geng gangster dadah tu, taknak bunuh Syamsul tu awal-awal. Tapi kalau dia bunuh awal-awal, dah tak jadi filem pulak kan? Hero mati awal. Hahahaha!!
5. Tidak menggambarkan sifat sebenar Polis. Dalam cerita ni polis sangat lembap dalam menjalankan siasatan.
6. Scene semasa Syamsul di sabotaj dengan dadah, memang lawak bila si Syamsul lari walau tak salah sedangkan dia boleh beritahu segalanya mengenai sabotaj. Lari-lari terus pergi jumpa Scha pulak tu. Sigh~
7. Cerita serius tapi bila ada lakonan Shaheizy Sam, cerita akan jadi lawak. Maklumlah sejak mamat ni berlakon Adnan Sempit, nengok muka dia je satu panggung nak gelak.
8. Scha Alyahya berlakon super kayu tetapi tetap hebat dalam certain-certain scene.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HOTEL MANIA


>> INFO DRAMA

ARAHAN : Nizam zakaria & KRU

LAKONAN :

Anding (Adiwira)

Dafi (Girang)

Marsha( Mar)

Adeline (Emilia)

Shahrizal (Ryz)

DURASI : 1 Jam (Setap Rabu, 10 pm)



>> SINOPSIS DRAMA

Hotel Mania adalah sebuah drama bersiri 26 episod dengan kemudahan bertaraf lima bintang. Pengunjung hotel ini terdiri daripada pelbagai jenis manusia dengan pelbagai latar belakang – ahli perniagaan, tokoh korporat, tokoh politik, artis, pelancong asing dan sebagainya.

Adiwira, seorang graduan yang sebelum ini pernah bekerja di sebuah hotel 3 bintang di Sarawak, membawa diri dari untuk mencari bapa kandungnya yang tiba-tiba menghilang diri ketika dia masih kecil.

Pemergian Anding ke semenanjung bagaimanapun tidak direstui oleh ibu dan kekasihnnya.

Setibanya di Kuala Lumpur, Adi tiada pilihan melainkan pergi ke hotel di mana diketahuinya adalah tempat di mana dia boleh mencari bapanya di sana. Lawatan pertamanya ke hotel itu menemukan Adi dengan Girang, seorang pelajar universiti yang melakukan praltikal di hotel. Kebetulan Girang sedang mencari rakan serumah, maka Adi terus menyewa bilik dengan Adi. Adi juga menjadi rakan serumah dengan Ryz, seorang pekerja di salah sebuah restoran di hotel.

Adi kemudian mendapat peluang pekerjaan dari Puan Ainon, pengurus hotel, lalu bermulakan kareer Adi sebagai seorang pekerja di sebuah hotel lima bintang. Sebagai pelatih, Adi diwajibkan menjalani latihan di setiap bahagian atau unit di hotel itu, dan hanya akan diserap selepas satu tempoh tertentu ke dalam unit yang paling sesuai dengan kemahirannya. Sepanjang latihan itu juga, Adi diajar tentang erti kehidupan yang sebenar – tentang persahabatan, sisi-sisi lain kehidupan manusia, percintaan serta pengorbanan.

Adi akan memahami erti persahabatan yang sebenar melalui Dafi dan Ryzal, serta ‘keluarga baru’nya di hotel tersebut yang sentiasa sedia membantu. Pelbagai peristiwa yang tidak pernah terbayang olehnya juga sedang menanti, sepanjang menjalani kehidupan di dunia barunya itu.

Di samping sibuk dengan kerjaya, Adi tetap tidak lupa akan misinya yang sebenar, iaitu mencari asal usul dirinya melalui bapa kandung yang tak pernah ditemui. Dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya, Adi bakal menemui beberapa siri kegagalan, sebelum berjaya membongkar rahsia sebenar, yang ternyata amat mencabar ketabahan dan kekuatan dirinya.

Kehadiran Emilia di dalam hidup Adi dan keputusan yang diambil Cherrina untuk berpisah dengan Adi akan membuat hati dan jiwa Adi berbelah bagi – antara cinta baru yang sentiasa di sisi dan cinta lama yang gagal memahami…

Tujuan Adiwira ke hotel tersebut untuk mencari ayah kandungnya yang diketahuinya adalah di antara orang penting di hotel tersebut….

Pelbagai peristiwa menimpa seawal hari pertama Adiwira di hotel, antaranya temuduga yang kecoh, pertemuan pertama dengan Emilia, pengenalan yang tidak semesra mana dengan Mar, serta pertemuan yang menguntungkan dengan Madam Sheila.


CREDIT : http://www.tv3.com.my/Hotel-Mania



>> KOMEN RIUH

Drama muzikal ini amat menarik dan enjoy. Lagu yang dinyayikan begitu sesuai dengan keadaan dan lirik yang menarik. Lakonan yang bersahaja menampakan drama ini seperti keadaan sebenar. Pendekatan yang digunakan amat mudah difahami. Saksikan drama bersiri ini sehingga ke penghujung episod.














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

V3 - SAMSENG JALANAN




>> INFO FILEM

ARAHAN : Farid Kamil

LAKONAN :

Bront Palarae (Brett)

Farid Kamil (Rudy)

Aqasha (Garing)

Lisa Suriahani (Kamsah)

Radhi OAG (Lan Ribut)

Intan Ladyana (Lisa)

GENRE : Aksi

>> SINOPSIS

V3 memaparkan kisah Rudy (Farid Kamil) dan sahabatnya Brett (Bront Palarae) yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Lisa (Intan Ladyana) yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.


Di Kuala Lumpur, Rudy berazam ingin mengubah kehidupannya menjadi manusia yang berguna. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut (Radhi OAG) lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, taikoon pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing (Aqasha), main kotor dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.

Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALICE IN WONDERLAND


ALICE IN WONDERLAND


>> INFO FILEM


ARAHAN : Tim Burton

LAKONAN : Mia Wasikowska (Alice Kingsley)

Johny Depp (Mad Hatter)

Anne Hathaway (White Queen)

Helena Bonham Carter (Red Queen)

Crispin Glover (Stayne)

DURASI : 1 Jam 49 Minit

GENRE : Fantasi dan Khayalan


>> SINOPSIS


Alice telah menghadiri satu parti. Tanpa disedarinya, Alice telah menghadiri parti pertunangannya dengan Hamish Ascot. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab lamaran pertunangannya, Alice telah mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama Arnab Putih. Tiba- tiba, Alice telah terjatuh ke dalam lubang arnab di kawasan taman. Lubang itu telah membawa Alice kembali ke dunia bawah tanah yang pernah dia lawati sebelum ini. Namun, Alice tidak mengingati sangat pengalamannya dulu di dunia bawah tanah yang Alice panggil ‘Wonderland’.

Setibanya Alice di sana, dia telah bertemu dengan kawan-kawan lamanya iaitu tikus kecil (Mallymkun) dan dua kembar yang memeningkan Alice (Tweedledum & Tweedledee). Mereka telah membawa Alice bertemu seekor ulat beluncas (Absolem) yang dikatakan boleh mengecam adakah itu Alice sebenar atau tiruan. Absolem telah mengatakan itu bukan Alice sebenar. Alice telah ditunjukkan satu peta sejarah mengenai kehidupan seterusnya. Pada kehidupan seterusnya, Alice perlu membunuh seekor naga kepunyaan Ratu Merah (Jabberwocky).

Alice tidak mahu menjadi pembunuh. Dia membantah segala apa yang dilihatnya dalam peta itu dan meneruskan perjalannannya.Tetapi, mereka telah diserang oleh tentera Ratu Merah dan binatang peliharaan Ratu Merah (Bandersnatch). Bandersnatch begitu agresif dan garang. Si kembar dan rakan-rakan telah ditangkap oleh tentera Ratu Merah, tetapi Alice terselamat walaupun telah dicakar oleh Bandesnatch.

Alice meneruskan perjalanannya sehingga berjumpa dengan seekor kucing illusi (Chessur). Chessur telah membawa Alice berjumpa lelaki pembuat topi RatuPutih (Mad Hatter) dan kawan-kawannya. Tiba-tiba, kerajaan Ratu Merah telah sampai ke tempat Hatter dengan bantuan seekor anjing (Bayard). Bayard terpaksa menjadi hamba kepada Ratu Merah jika ingin keluarganya dibebaskan oleh Ratu Merah. Walaubagaimanapun, Bayard juga ingin menentang Ratu Merah dalam diam. Sehingga satu saat di mana Alice telah dikecilkan oleh Hatter untuk disembunyikan daripada ditangkap oleh Tentera Ratu Merah.

Selepas mereka mendapati Alice tiada bersama Hatter, mereka berlalu pergi. Hatter meneruskan perjalanan bersama Alice ke Istana Ratu Putih, Namun, mereka telah diserang sekali lagi. Hatter telah mencampakkan Alice yang duduk atas topinya ke seberang tasik sebelum dia ditangkap oleh Tentera Ratu Merah.

Pada keesokkan paginya, Alice telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan Hatter di Istana Ratu Merah. Alice ke sana dan telah menjadi besar selepas memakan “kek pembesar’. Dia telah mengaku sebagai pelawat dari negara lain dan mendapat layanan istimewa dari Ratu Merah kerana kebesarannya. Ratu merah yang mempunyai kepala besar amat menyukai manusia yang besar perutnya, hidung dan sebagainya.

Sepanjang berada di Istana Ratu Merah, Alice telah merancang utuk mencari pedang yang dikatakan boleh membunuh Jabberwocky iatu Vorpal Sword. Alice telah menjumpainya di dalam kandang Bandersnatch. Menurut lagenda, Alice perlu membunuh Jabberwocky pada Hari Perayaan Frabjous. Di mana sebelum ini, Ratu Merah telah merampas tiara tahta kepunyaan Ratu Putih dengan kejam.

Selepas disedari oleh kerajaan Ratu Merah yang pelawat istimewa itu adalah Alice, dia telah melarikan diri ke Istana Ratu Putih.Di Istana Ratu Putih, pelbagai persiapan perang telah disiapkan. Namun Alice tetap tidak mahu untuk menyertai peperangan itu sehingga di nasihatkan oleh Absolem sebelum bertukar menjadi pupa.

Hari Perayaan Frabjous pun tiba. Kerajaan Ratu Merah telah sampai untuk memulakan peperangan dengan Ratu Putih. Alice merupakan wakil kepada kumpulan Ratu Putih dan Jabberwocky pula wakil kepada Ratu Merah. Dengan menggunakan Vorpal Sword, Alice berjaya memancung kepala Jabberwocky. Kemudian tiara kepunyaan Ratu Putih dikembalikan dan Ratu Merah telah dibuang daerah ke Outland.

Alice kemudian membuat pilihan untuk kembali ke dunia nyata semula. Apabila tiba di dunia nyata, Alice kembali ke parti pertunangannya dan mengambil keputusan tidak menerima lamaran tersebut. Akhirnya Alice telah berlayar dengan Absolem yangkini merupakan rama-rama yang cantik.


-TAMAT-


>> KOMEN RIUH

RIUH pergi menonton wayang ini bersama seorang kawan di Alamanda, Putrajaya pada jam 12.45 am…Pada mulanya RIUH memang excited bila pertama kali tengok preview filem ini kt TV. Namun, bila dh tonton cerita ini tidaklah best sangat pun…Bagi pendapat RIUH, jalan ceritanya sangat biasa seperti cerita lain di mana ada dua kerajaan berperang dan kerajaan baik akan menang pada akhirnya.

Selain itu juga animasi yang digunakan masih tidak boleh menandingi AVATAR. Begitu biasa seperti kartun2 lain. Cuma RIUH pelik kenapa watak anjing (Bayard) dipilih anjing yang nampak tidak sihat dan sedap mata memandang. Disamping watak Bandersnatch yang begitu garang boleh menakutkan kanak2…

Watak yang dimainkan oleh Johny Depp juga kurang menyerlah berbanding filem-filem lakonan beliau sebelum ini. Lebih nampak kaku dan seperti kurang menghayati watak Mad Hatter. Itu sahaja komen RIUH…..










Rating

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



ADNAN SEMPIT

>> INFO FILEM

Pelakon : Shaheizy, Intan Ldyana, Along dan Angah Raja Lawak, Cat Farish

>> SINOPSIS

Filem ini mengisahkan mengenai seorang jejaka bernama Adnan (Shaheizy), dia merupkan seorang mat rempit atau lebih dikenali sebagai Adnan@Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya. Adnan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta. Hobinya selalu samp[ai lewat ke ofis. Adnan jiga menyimpan perasaan serta menaruh hati kepada bos tempat dia bekerja iaitu Nadia (Intan Ladyana). Walaubagaimanapun Nadia ni anak org kaya dan tak pandang pun mat despatch mcm Adnan tu dan dia pulak pernah putus cinta sebelum tu. Dia tidak pernah utnuk mencari kekasih baru walaupun banyak kali disuruh kawin oleh keluarganya.

Nadia yang garang ini sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa. Nak dijadikan cerita satu hari tu kawan2 Nadia mencadangkan utk buat reunion party tapi Nadia tak berapa setuju sebab dia dh putus cinta, tapi kawan2 Nadia menyindir serta menggangap Nadia xnak jopin sebab takde pakwe utk ditayangkan. Tiba-tiba, dalam keadaan marah Nadia tarik Adnan yang baru sampai ofis ke dlm pejabat dia dan perkenalkan Adnan sbg boyfriend baru dia. Saksikan adengan lucu Adnan apabila bos yang diminati secara rahsia mengaku adnan boyfriend dia.

Dari situ bermulalah cerita romantik kelakar Adnan dan Nadia. Mereka saling cuba belajar mengenali antara satu sama lain. Nadia nak selami hidup Adnan yang serba sempit dan Adnan nak sesuaikan diri dgn hidup Nadia yg mewah. Dlm masa tu juga Wawa, P.A. Nadia jatuh cinta dengan Bobby (Along Raja Lawak), kawan Adnan. Bobby lah penceria dalam filem ini.

Ketika cinta mereka mula berputik, muncul watak Jofri, kawan lama Nadia yang cuba menjadi hero dan memikat Nadia. tapi sebenarnya mempunyai maksud udang sebalik mee goring dan berselindung di sebalik kemachooan serta kebaikan dia. Dia merancang untuk merosakkan bisnes Nadia, yang mana syarikat mereka berdua berebut satu tender besar.

‘Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari’, itulah hubungan Adnan dan Nadia yang semakin pudar kerana kehadiran Jofry. Nadia semakin memandang sinis kehidupan Adnan.

Untuk tahu kesudahan filem ini……jeng…jeng…..
SAKSIKAN DI PANGGUNG WAYANG YANG BERHAMPIRAN



>> KOMEN RIUH

Memang filem nie lawak giler. Nk hysteria dibuatnya ketika menonton filem nie. Pelbagai elemen lucu dipaparkan kepada penonton. Disamping itu juga pengarah cuba menunjukkan dunia mat rempit yang bukan semuanya negative. Mereka ini sekadar minat akan motor dan tetap mempunyai kerjaya dan masa hadapan. Filem Adnan Sempit juga memaparkan bahawa utuk mendapat cinta, kita perlu cuba menyelami hati pasangan kita. Aksi yang lucu membuatkan semua penonton tidak sedar masa berlalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS