Hye semua !!!!...
Apa khabar? n mcm mana dgn kehidupan hiburan dan gosip anda? teruz berkembang atau 'terkubur' je...Setelah sekian lama 'menghaibkan' diri kerana buzy dgn pelbagai tugas, kini RIUH kembali bergosip bersama anda.....
WOW!!!
Pada kali nie, kita akan bincangkan mengenai rancangan realiti tv....huhhuhu..RIUH taw nie bukanlah topik baru dlm realiti dunia hiburan kita..Tetapi uolz, fenomena yang xberapa realiti nie semakin hari semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia...huhuhuhu...
Bayanglah kalau RIUH bukak gerai jualan kuih 'rancgan realiti' nie, kompom laku giler...hahahahha...biasa lah rakyat skrg dengar je ada audition terus tergedik2 nk join....
Diorg luper plak nk cermin diri dulu....mungkin xada cermin kot kt umah ataw cermin ajaib dia menipu.
tuan : wahai cermin ajaibku !!!siapakah yang paling hebat n utk rancgan tutt..
Cermin : Mestilah tuan ku yang PALING HEBAT (terpkasa menipu supaya xkena maki)
hahaahaha..wah, mcm cerita kartun plak yer....kalaw kita tgok kt tv sekrag, aduh !!!! xlarat nk gelak n maki tgok gelagat diorg nie yng datang audition....mcm2 kerenah....ada yang sanggup menangis, merayu n memaki demi nk masuk rancgn tersebut....
eeeee....xmalu ker seluruh alam tgok uolz...dh mcm badut yg kena reject sarkas pun ader...huhhuhuhuu...kalaw rancgn menyanyi plak....fuh !!!!lg la xtahan....suara xsedap pun ada hati nk join....kononnya ala2 primadona tp tuttt!!!!...hahahahahha...xkira muda ker yang tgah tunggu panggilan malaikat maut pun teringin...aiyoooo...kalaw tiba2 ajal u sampai, hah, menyanyi la kaw dalam kubur....
huhuhuhu
Kononya bajet nk tiru oversea la...tp diorg ok jer..memg talented...huhuhu...sedarlah2 semua...jangan jadi bahan jenaka n makanan ringan cap makian percuma penonton laen kt umah.....cermin n sedar diri dulu sebelum cuba....xkan lah ko idup kt dunia nie still xkenal diri tu mcm mana....huhuhuhuhu
Kepada yang berbakat RIUH ucapkan tahniah, tetapi yang terlebih tu, takziah yer..hihihihihi...banyaklagi pekerjaan yang boleh menjamin masa depan n GLAMOUR!!!...
Ok daaaaa....jumpa lgi yer semua....
>>ANTARA REALITY SHOW YG POPULAR SEKARANG <<
::MENTOR ::
:: GANGSTARZ ::
:: AKADEMI FANTASIA ::
DEMI RANCANGAN REALITI TV
BINTANG PALING POULAR ?
DARI kiri, Faizal, Siti dan Nabil.
Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza dan Nabil bersama lebih 30 calon Top 5 gegarkan Klang Parade hujung minggu lalu
TRADISI kemeriahan acara siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 berterusan di Klang Parade, Klang, 28 Mac lalu apabila lebih 30 calon Top 5 anugerah berkenaan ‘menyerbu’ pusat beli-belah terkenal itu.
Lebih hangat lagi apabila kira-kira 10,000 peminat berhimpun di lokasi siri jelajah terakhir untuk ABPBH musim ini, yang menjadikan Klang antara destinasi paling ramai dikunjungi peminat sepanjang empat siri jelajah diadakan tahun ini selain daripada Johor Bahru, 21 Mac lalu.
Sebelum singgah di Klang dan Johor Bahru, siri jelajah ABPBH 2009 terlebih dulu berkunjung ke Sungai Petani dan Kemaman.
Walaupun terpaksa bersesak, namun peminat yang memenuhi setiap ruang di pusat beli-belah tiga tingkat itu nyata terhibur dengan kemunculan begitu ramai selebriti pujaan mereka.
Antara calon Top 5 yang meluangkan waktu menemui peminat di Klang Parade pada Ahad lalu termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Aizat, Liyana Jasmay, Maya Karin, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Nabil, Meet Uncle Hussain, Black, Zizan dan ramai lagi.
Hampir enam jam, penonton berhibur dengan nyanyian artis kesayangan mereka, di samping berseronok serta bergelak-ketawa dengan jenaka spontan menerusi beberapa sketsa membabitkan pelakon, penyanyi, penyampai radio serta pengacara terkenal negara.
Kegamatan cukup dirasa setiap kali pengacaranya, Along Raja Lawak, Raja Azura, Fara Fauzana dan Faizal Ismail mengundang artis naik ke pentas untuk mengambil bahagian dalam sketsa bersama peminat.
Antara babak paling menggeletek hati ialah apabila seorang peminat yang dipakaikan topeng harimau mula mengaum untuk mengejar Maya Karin, yang berlari keliling pentas sambil ‘menjerit ketakutan'. Pusat beli-belah popular itu riuh-rendah dengan gelak penonton dek jenaka spontan peminat dan artis pujaan mereka.
Keadaan juga semakin riuh apabila dua pelawak popular, Nabil dan Zizan, yang disertai oleh Raja Azura dan Fizz mengadakan permainan makan kek dan meniup belon, yang turut disertai peminat. Penonton pecah perut menyaksikan gelagat selebriti terbabit saling menenyeh kek ke muka masing-masing.
Habis saja permainan berkenaan, muka Kak Engku, Fizz, Nabil dan Zizan kelihatan begitu comot. Namun, sikap ‘sporting’ mereka sememangnya banyak menghidupkan lagi suasana acara persembahan pada siri road tour itu.
Selain berhibur bersama calon Top 5 dan selebriti kegemaran masing-masing serta mengambil bahagian dalam permainan dianjurkan, peminat bertuah pada petang itu turut membawa pulang pelbagai hadiah menarik tajaan Habib Jewels, Jakel, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Sinar Mas, Nano White dan Slimming Sanctuary.
Lebih istimewa, sebahagiannya pula berpeluang mengelilingi sekitar lokasi bersama artis popular dengan menaiki kenderaan tajaan Edaran Tan Chong Motor. Tentunya, peminat yang terpilih tidak akan melupakan peluang yang datang sekali seumur hidup itu.
Pendek kata, peminat di Klang nyata bertuah. Bukan saja jumlah artis yang datang menghiburkan mereka adalah jumlah paling ramai dalam siri jelajah diadakan musim ini, pelbagai permainan yang diadakan sepanjang persembahan berlangsung juga begitu menghiburkan, serta merapatkan lagi hubungan artis bersama peminat mereka.
Bagi peminat dan pembaca Berita Harian yang tidak berpeluang untuk menikmati sama keseronokan siri jelajah ABPBH 2009 di Klang Parade kali ini, tunggu saja kehadiran kami ke tempat anda pada tahun depan.
Sebelum itu, jangan lupa memeriahkan acara malam kemuncak yang akan diadakan di Arena of Stars Genting Highlands, 4 April ini. Anugerah hiburan paling berprestij itu juga dapat diikuti menerusi siaran langsung oleh stesen penyiar rasmi, TV3 dan Hot FM.
CREDIT : BERITA HARIAN 30/03/10
" ARTIS MALAYSIA DAN KEMBARNYA "
PTPTN WANTED
AWAL n PTPTN ???
GOSIP artis kali ini mengenai Awal Ashaari yang telah disenarai hitamkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana tidak menjelaskan hutang pinjamannya. Awal Ashaari juga adalah bekas graduan Diploma Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Apabila ditanya pada Awal Ashaari, beliau dengan selambanya mengaku yang beliau terlupa untuk membayarnya dan kini Awal Ashaari sedang menguruskan pembayaran semula keseluruhan pinjaman itu termasuk faedahnya sekali.
“Saya bukan tiada duit dan tak nak bayar tetapi saya terlepas pandang tentang proses pembayaran pinjaman itu.
“Sebelum ini saya tak tahu bagaimana cara untuk membayarnya tambahan pula saya berpindah rumah dan langsung tidak mendapat apa-apa maklumat tentang PTPTN.
“Selepas sibuk bekerja, saya tidak sempat untuk membayarnya sehingga terlupa,”
“Ikutkan bukan saya seorang sahaja artis yang tidak membayar PTPTN tetapi ada ramai lagi tetapi cuma nama saya dan Fahrin yang disebut.
“Saya nasihatkan kepada peminjam PTPTN yang disenarai hitamkan supaya berjumpa dengan peguam dari PTPTN,” katanya.
Awal juga meminta maaf kepada pihak PTPTN atas
kelewatannya menjelaskan pinjaman itu,
>> NASIHAT RIUH
Kepada semua PEMINJAM PTPTN jgn LUPA bayar semula ye...nanti kena 'COP' lg....hehehee
CREDIT : mygosip.com
SUPERIMPOSE
Mun : Aper?
Mida : Sini jap…. aku ada gossip nie..
Mun : Wah, gossip !!!...cepat-cepat…aku tak sabar nak dengar.
Mida : Mun, kau penah tengok tak gambar artis &$#*66$# ni bogel?
Mun : Wah Midah, mana kau tengok?...aku pun nak jugak
Mida : Ala Mun,…aku tengok dalam internet. Bukan dia saja yang ada
Mun : Saper lagi Mida?
Mida : Ramai……$#$TI&2 pun ada…Meletup!!!
Mun : Hahahaha…..jom Midah, kita tengok…
Mida : Hahahahaha
Superimpose atau dalam ayat mudahnya mencantumkan sesuatu tulisan atau gambar dengan sesuatu yang lain. Seperti contoh yang mudah difahami, gambar kepala individu lain dan badannya pula gambar kepunyaan individu lain. Menarik dan unikkan bila didengar dan dilihat….
Fenomena superimpose ini bukanlah sesuatu yang baru bagi kita. Ia juga amat sinonim dengan orang kenamaan dan selebriti. Setiap masa dan detik, akan ada sahaja gambar-gambar baru yang di’superimpose’kan. Gambar ini akan terus bermaharajalela di pelbagai laman sesawang. Kadang-kadang bila kita lihat gambar tersebut, kita akan tergelak melihat gelagat mangsa superimpose, kadang-kadang rasa pelik dan takjub. Namun, kadang-kadang timbul perassan jijik pun ada melihat ‘karya emas’ tersebut…huhuhuhu
RIUH sendiri sebenarnya pun tidak pasti kenapa perkara ini sering terjadi. Adakah kerana sifat dengki dan ingin menjatuhkan maruah mereka? Atau sebagai bahan gurauan semua pihak. Tepuk dada, tanyalah hati sendiri..hehehe…
Entahlah, di mana keseronokan diperolehi apabila kita memalukan orang lain. Cuba kita bayang pula, suatu hari bila kita buka internet, kita jumpa gambar kita pula di’superimpose’…padan muka balik…hahahaha
Boleh kita lihat sekarang, banayak gambar-gambar bogel artis tersebar di internet. So, nasihat RIUH kepada semua, janganlah terlalu percayakan sangat apa yang anda lihat. Kita manusia yang mempunyai otak dan akal fikiran ini. Fikirkan dengan waras,k
NOTA : RIUH tak boleh nak letakkan di sini contoh gambar artis terkenal Malaysia di’superimpose’kan. Ini pun nasihat panel penilai untuk mengelakkan KONTROVERSI..hehehe….
>> CONTOH SUPERIMPOSE <<

LEMBU TERBANG !!!

WAH !!!!

BILA PEREMPUAN JADI SASA

KENAL SAYA X?hehehe....

ANJING + KUCING = ANCING
AKU CINTA ALLAH
AKU CINTA ALLAH
Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
Aku lemah tanpa-Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolong ku tolong ku Yaa Allah
Setiap air mata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan kau lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
Aku lemah tanpa-Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolong ku tolong ku Yaa Allah
Setiap air mata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
Setiap air mata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah